Redza Channelz

I'm expressing myself through daily lifestyle....... Hope you enjoy reading my blog.

Showing posts with label Information. Show all posts
Showing posts with label Information. Show all posts

Sunday, November 3, 2019

KENANGAN TAEKWONDO GRADING | Pada 31.10.2019 lalu Facebook mama saya telah menunjukkan memories mengimbas kenangan semasa saya grading pada tahun 2017 dari tali pinggang kuning ke oren. Untuk pengetahuan pembaca, grading dalam seni mempertahankan diri taekwondo merupakan kenaikan peringkat atau pangkat seseorang pengamal.

Taekwondo grading

Post di atas telah dimuatnaik oleh Teacher Syed iaitu Principal Smart Readers tempat saya transit semasa darjah 3. Ketika itu saya mengikuti kelas teakwondo Vision yang terkenal di Seremban selama 2 tahun berturut-turut. Cepat sungguh masa berlalu.

Kawan-kawan taekwondo

Di sini, saya ingin berkongsi cerita pengalaman saya semasa taekwondo grading. Semasa grading saya rasa berdebar kerana ianya dijalankan secara beramai-ramai mengikut peringkat. 

Taekwondo grading

Grading diadakan dalam sebuah dewan. Setiap peringkat diadili oleh seorang berpangkat Master memakai talipinggang hitam. Saya dikehendaki membuat barisan seramai 6 orang.

Grading

Master akan memberi command dan kami dikehendaki mengikut langkah yang telah diajar. Setiap langkah akan diperhati dengan teliti bagi tujuan memberi markah pemarkahan.

Selepas turn saya perasaan lega tak dapat saya gambarkan. Syukur alhamdulillah ianya sudah berlalu dan saya telah lulus serta layak memakai tali pinggang kuning.

Sekarang saya sudah tidak mengikuti kelas taekwondo disebabkan jadual akademik yang ketat kerana tahun 2020 nanti saya akan menduduki peperiksaan UPSR. Saya berhenti di peringkat tali pinggang hijau (6th keup).

Begitulah cerita tentang kenangan saya semasa menjalani grading. Terima kasih sudi baca. Kalau sudi sila tinggalkan komen. Kepada pembaca yang ada pengalaman menyertai mana-mana sebarang martial art boleh kongsi di ruangan komen.



Regards,



Thursday, October 31, 2019

KEDAI TAYAR MURAH DI BUKIT KEMUNING | Saya ingin menulis cerita tentang sebuah kedai tayar yang dikatakan murah terletak di Bukit Kemuning, Klang. Kedai ini bernama OSCAR Tyre Sdn Bhd. Menurut kata papa ramai orang beritahu bahawa kedai tersebut menjual tayar pada harga murah. Tujuan kami pergi ke sana semata-mata untuk tukar tayar kereta mama.

OSCAR Tyre Sdn Bhd
Saya tak pastilah sama ada kedai tayar tersebut menjual tayar pada harga murah atau sebaliknya tapi saya amat tertarik dengan susunan tayar-tayar yang banyak. Apabila kami sampai memang terlalu ramai orang sehingga saya dan mama terpaksa menunggu lama. Di situ ramai orang tukar tayar Mama kata : "Power juga business kedai tayar di sini.. Semua kerana marketing strategy."

Tayar-tayar jenama Falken
Saya tak ambil kisah sangat tentang harga tayar yang ditawarkan tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah susunan tayar dan tempat meletakkan stok tayar disimpan dalam container.. Banyak tayar jenama Falken. Saya rasa terpegun kerana tidak pernah nampak tayar-tayar begitu banyak.

Posing dengan tayar

Sementara menunggu tayar kereta mama ditukar saya sempat mengambil gambar sebagai kenangan.

Saya rasa macam nak masuk dalam tayar tu jer. Mama pernah cerita yang semasa kecil mama pernah masuk dalam tayar tractor baru yang datuk saya beli ketika bermain bersama sepupu. Untuk pengetahuan pembaca, datuk saya memiliki kedai membaiki jentera berat. 

Orang ramai sudah berkurangan
Sesiapa antara pembaca abang, kakak, aunty dan uncle yang ingin tukar tayar boleh survey harga tayar di sini. 

Facebook page : OSCAR TYRE SDN BHD 



Saya ada baca di Facebook mengenai reviews kedai tayar ini, ada reviews positif dan negatif so kena pandai menilai. Tak cuba kita tak tahu..

Setakat ini sahaja post saya. Kita jumpa lagi di next post.
Bye..




Regards,



Saturday, June 29, 2019

Entry kali ini saya ingin kongsi tentang kasut bola idaman saya. Kasut bola itu dari jenama Nike jenis Silencio Neymar Jr. Kasut ini berharga lebih kurang RM180.00. Jika kita beli kasut ini kita akan dapat hadiah beg Neymar Silencio.

Nike Silencio Neymar Jr
Saya suka kasut bola ini kerana material dalam kasut sangat lembut, berkualiti dan warnanya sangat menarik. Kasut ini telah direka oleh pemain bola sepak terkenal iaitu by Neymar Jr.

Saya perlu bersabar untuk memastikan impian ini menjadi kenyataan.


Regards,



Saturday, June 22, 2019

Hari ini saya ingin menulis tentang kasut bola atau football boots kesayangan saya. Saya masih ingat ketika itu usia saya 5 tahun. Saya dan keluarga berjalan-jalan di Paradigm Mall Kelana Jaya. Papa membawa saya masuk ke sebuah kedai (nama kedai tak ingat) di mana kedai tersebut menjual kasut berjenama pada harga mampu milik. 

Kasut Bola Kesayangan Saya
Papa menawarkan saya sepasang kasut bola kerana cantik dan sesuai untuk saya. Pada usia itu saya tak tahu pilih kasut apa kesukaan saya. Saya pun suka bila papa beli kasut baru dan kasut bola itu juga cantik. 

KASUT BOLA PERTAMA : CHAMPION SOCCER CLEAT FOOT CRAMPONS

Champion Soccer Cleat Foot Crampons
Inilah kasut bola yang saya maksudkan ialah kasut bola pertama saya. 

Champion Soccer Cleat Champons - Blue Azul Bleu
Champion Football Boots size EUR 31
Kasut bola ini jenama Champion bernama Soccer Cleat Champons - Blue Azul Bleu saiz EUR 31. 

Champion Soccer Cleat Foot Crampons

Kasut ini saya tidak pernah pakai hingga saiz kaki saya tidak muat. Maka saya simpan jadikan sebagai kenangan.

KASUT BOLA KEDUA : NIKE MERCURIAL JR VAPOR 12

Ini pula boot saya yang kedua jenama Nike jenis Mercurial Jr Vapor 12. 

Nike Mercurial Jr Vapor 12 Club
Saya masih ingat ketika itu saya terpilih untuk bermain bola di peringkat sekolah tetapi malangnya coach tidak memilih saya untuk ke peringkat seterusnya. Saya agak kecewa tetapi mama memberitahu saya supaya terus berusaha. Saya tidak terpilih kerana tiada skill bermain bola sepak. Jadi mama mengambil keputusan untuk menghantar saya menyertai Kelab Bolasepak Seremban 2 (S2FC) iaitu sebuah akademi pembangunan bolasepak akar umbi (grassroots football academy) yang diterajui oleh pasangan kembar pemain bola sepak kebangsaan iaitu Aidil Zafuan & Zaquan Adha.

Saiz EUR 36.5
Kasut ini saya beli di aL-ikhsaN Sports cawangan Seremban 2. Saya pakai saiz EUR 36.5.

Nike Mercurial Jr Vapor 12 Club 
Saya guna kasut ini hingga sekarang sepanjang latihan bolasepak di akademi tersebut. Kasut ini tahan lasak dan masih selesa walaupun sudah 8 bulan digunakan.

 Saya suka kasut bola ini kerana cantik dan ianya dipakai oleh Cristiano Ronaldo (CR7).

Cristiano Ronaldo and his Nike Mercurial Vapor
Ini pula saya bukan Neymar Jr tau, opss perasan, hehehe

Sekian sahaja cerita tentang kasut bola saya. Dalam entry akan datang saya akan cerita tentang kasut bola idaman saya. Kita jumpa lagi dalam entri akan datang.

Rujukan kasut bola : Football-Boots



Monday, June 10, 2019

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Jangan kata cuti sekolah dan cuti Hari Raya takde kerja sekolah.. Sebelum cuti sekolah pertengahan penggal pertama tempoh hari saya menjalani peperiksaan pertengahan tahun dari 13 Mei 2019 hingga 17 Mei 2019 lalu dan cikgu ada beri kerja sekolah untuk dihabiskan sepanjang cuti persekolahan penggal pertama ini.

Explore with Literature Year 5
Keputusan peperiksaan pun masih belum diumumkan.. Hari akhir persekolahan semua pelajar dikehendaki beratur dan bersalam dengan semua guru. Sebelum cuti hari raya saya sudah siapkan kerja sekolah untuk elak lupa.. Inilah tanggungjawab pelajar, walaupun cuti tapi bukan bermakna cuti dari belajar atau membuat kerja sekolah.

Hampir terlupa bagi mama tandatangan bahagian ini.. 

Buku latihan Sains
Bila mama sudah tandatangan bermakna mama sudah semak buku latihan saya.. Jangan pula tandatangan sendiri tak jujur namanya, hehehe


Instagram @redza.channelz

You May Also Like