Redza Channelz

I'm expressing myself through daily lifestyle....... Hope you enjoy reading my blog.

Sunday, January 26, 2020

KASUT VANS OLD SKOOL SAYA | Lama saya tak buat post dalam blog ini.. Sempena cuti Tahun Baru Cina ini saya mengambil kesempatan menulis tentang perasaan gembira setelah mendapat kasut idaman..

Pada 12.01.2020 lalu saya ke MesaMall di Nilai untuk window shopping bersama keluarga.. Kami tidak pernah sampai ke sini sebelum ini.. Pada pendapat saya MesaMall ini sama seperti mall biasa yang pernah saya kunjungi. Mama sahaja yang teruja kerana mama suka beli groceries di Jaya Grocer..

Semasa berjalan-jalan dalam mall, saya ternampak kedai kasut Original Classic. Saya suka masuk ke kedai kasut kerana saya suka kumpul kasut berjenama selain melihat koleksi kasut bola terkini. Tiba-tiba saya terpandang pelbagai jenis kasut jenama Vans dipamerkan di satu sudut. Saya mula teruja kerana selama ini saya memang ingin memiliki kasut Vans. Walaupun saya anak tunggal dalam keluarga tetapi tak semua apa yang saya nak dituruti oleh ibubapa saya.

Vans Shoes

Selama ini saya hanya mampu lihat kasut Vans di outlet FootLocker dan menyimpan hasrat untuk beli sendiri dari hasil wang saku sekolah.. Berapa sangat saya boleh simpan sedangkan harga kasut Vans ini sekitar RM219.00 hingga RM389.00.

Check harga di sini sebagai rujukan : FootLocker - Vans Old Skool Shoes

Rezeki saya ada pada hari itu.. Saya membelek-belek kasut Vans ini.. Mama bertanya kepada saya sama ada saya minat atau tidak kasut Vans yang saya pegang itu kerana ianya jenis koleksi lama.. Saya tidak kisah sama ada koleksi lama atau baru yang penting ianya jenama Vans  original. Mama terus memanggil pembantu jualan untuk meminta saiz..

Menunggu kasut Vans

Oleh kerana terlalu teruja, saya pun menanggalkan kasut dan menunggu pembantu jualan mencari saiz yang diminta..

Mencuba kasut Vans
Saya sungguh gembira apabila kasut Vans tadi ada saiz saya..

Bergaya di depan cermin

Saya pun cuba memakai kasut tersebut dan menggayakan di depan cermin.. Bila saya pakai kasut itu rasa sangat selesa dan terasa lembut apabila dipijak.

Vans Old Skool Gibraltar Sea / True White 

Inilah kasut Vans saya.. Kasut ini dari koleksi Old Skool. Nama kasut ini Vans Old Skool Gibraltar Sea / True White berharga RM179.00.

Vans Old Skool Gibraltar Sea / True White
Vans Old Skool Gibraltar Sea / True White - dari belakang
Vans Old Skool Gibraltar Sea / True White - bahagian dalam kasut
Vans Old Skool Gibraltar Sea / True White - bahagian sisi

Saya rasa sungguh gembira.. Saya terus meminta pembantu jualan memasukkan kasut lama saya ke dalam kotak.

Bergaya dengan kasut Vans

Saya pulang dengan memakai kasut Vans baru yang selama ini saya impikan..  Saya akan jaga kasut ini sebaik mungkin.

Begitulah cerita saya memilik kasut Vans pertama. Saya tulis cerita ini sebagai kenangan dan berkongsi cerita dengan pembaca blog saya.

Terima kasih sudi baca cerita saya.

Hasil tulisan, 

Monday, January 13, 2020

KENANGAN DI IKANO POWER CENTER | Cerita lama ketika cuti sekolah tahun lalu.. Semasa cousin datang ke Seremban, saya sekeluarga membawanya berjalan-jalan ke IKANO Power Center.. Perancangan awal kami ke IKEA untuk membeli peralatan rumah so sebelum masuk IKEA kami makan di Nandos di IKANO Power Center..

Kenangan di IKANO Power Center

Ketika itu hampir sambutan Hari Christmas, jadi kemeriahan perhiasaan sambutan Hari Christmas terserlah di segenap sudut shopping mall. Saya dan sepupu mengambil kesempatan mengabadikan kenangan di salah sebuah photo booth yang disediakan oleh pihak IKANO Power Center.

Makan di Nandos

Gambar ini diambil ketika menjamu selera di Nandos.. Nandos merupakan tempat makan kegemaran saya sekeluarga.


Mencuba jaket di H&M

Ini pula gambar saya ketika mencuba pakaian di H&M di IKANO Power Center.. Saya suka jaket ini kerana style yang memenuhi citarasa saya.. 

Setakat ini sahaja cerita saya ke IKANO Power Center bersama keluarga dan sepupu saya..
Ianya menjadi kenangan saya kerana ini pertama kali sepupu saya datang bercuti bersama keluarga saya.

Terima kasih sudi baca..


Regards,



Monday, January 6, 2020

SEGMEN BLOGLIST 2020 | Kali ini saya ingin turut serta dalam Segmen Bloglist 2020 dari blog sis Tiara Sapphire. Ini merupakan segmen pertama pada tahun 2020 manakala segmen ke-2 sepanjang kewujudan blog saya. 

Segmen Bloglist 2020


Syarat-Syarat Penyertaan :

1. Follow blog Tiara Sapphire (bagi yang belum follow)
2. Buat enrty 'Segmen Bloglist 2020'. Copy banner dan backlink ke post ini.
3. Masukkan blog Tiara Sapphire (http://tiarasapphire.blogspot.com) dalam bloglist blog anda.
4. Tinggalkan link entry di ruangan komen.

Semua penyertaan akan dimasukkan dalam bloglist blog Tiara Sapphire supaya senang nak blogwalking nanti.

Segmen Tamat : 15 Januari 2020 | 11.59 malam


Saya dah join, anda bila lagi ;)


It's me,

Sunday, January 5, 2020

EJEN ALI THE MOVIE, BEST! | Pada 13.12.2019 lalu, saya, mama dan sepupu pergi ke AEON Mall Seremban 2 untuk menonton wayang, Ejen Ali The Movie. Ejen Ali The Movie ialah filem animasi komputer mengisahkan tentang sekumpulan perisik. Filem ini sudah mula ditayangkan pada 28 November 2019 tapi saya baru sempat menonton bulan Disember lalu.

Ejen Ali The Movie 2019

Tiket wayang kami booked online untuk tayangan pukul 12.45 tengah hari, so masih ada masa untuk menikmati sarapan di Restoran McDonalds memandangkan kami tiba pukul 11.30 pagi.

Sarapan pagi di McDonalds
Selesai makan, kami menuju ke Popular Bookstore untuk membeli alat tulis mama. Sementara tunggu movie ditayangkan, kami pergi window shopping sekitar AEON Mall.

TGV Cinemas di AEON Mall Seremban 2

Selepas itu, kami menuju ke tempat yang kami tunggu-tunggu iaitu TGV Cinemas yang terletak di Tingkat 2.

Saya tumpang muka - Jumanji The Next Level

Saya sangat teruja dapat menonton filem Ejen Ali The Movie semasa cuti sekolah tahun ini. Jalan cerita sangat best, ada masa sedih dan ada kalanya lawak. Siapa yang belum menonton memang rugi.. "Bertindak Segera!!!" kata Ejen Rama, hehehe.

Selepas saja habis menonton wayang, kami pun pulang ke rumah..




Saturday, January 4, 2020

SANTAI PETANG DI PORT DICKSON WATERFRONT | Selamat Tahun Baru saya ucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Umum mengetahui bahawa Port Dickson Negeri Sembilan merupakan salah satu tempat peranginan popular di Malaysia. Ianya juga dekat dengan rumah saya, hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan menaiki kereta. 


Port Dickson Waterfront
Semasa cuti sekolah akhir tahun lalu, sepupu saya dari Muar datang ke rumah. Kami sekeluarga bawa dia mengambil angin petang di Port Dickson.

Port Dickson Waterfront

Apabila ke Port Dickson, kawasan menjadi tumpuan utama saya sekeluarga ialah di PD Waterfront. Kawasan di PD Waterfront seperti sebuah pekan yang terletak di tepi pantai. 

Sebelum ke Port Dickson Waterfront, kami singgah di pasar malam di Batu 4, Jalan Pantai. Saya beli jagung dalam cup dan bawa ke PD Waterfront untuk makan sambil bersantai. 


Restaurant McDonalds & tapak gerai

Banyak tarikan menarik disediakan di PD Waterfront selain hotel , antaranya restaurant McDonalds, Starbuck, Kenny Rogers, Pasaraya TF, food trucks, kedai pakaian, gerai makan dan sebagainya. Saya suka lepak sambil makan snek atau makanan segera yang dibeli di McDonalds atau Starbucks.

Starubucks Coffee

Terdapat juga aktiviti riadah bersama keluarga dengan bermain belon sabun dan menaiki basikal. Ianya disediakan untuk semua peringkat usia. 

Aktivit memancing di persisir pantai
Selain itu saya suka lihat orang memancing di persisir pantai di samping melihat kapal laut lalu.

Teruja melihat kapal laut
Ramai orang bersantai di tepi pantai
Kapal laut berlalu

Terasa tenang melihat air laut ditambah pula cuaca redup hingga tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 7.00 malam.

Persisiran pantai Port Dickson

Overall, saya memang suka pergi ke Port Dickson Waterfront. Ianya sangat sesuai sebagai tempat beriadah bersama keluarga. Kita boleh makan-makan dan tengok pemandangan laut.



Regards,


Instagram @redza.channelz

You May Also Like