Redza Channelz

I'm expressing myself through daily lifestyle....... Hope you enjoy reading my blog.

Thursday, October 31, 2019

Kedai Tayar Murah di Bukit Kemuning

KEDAI TAYAR MURAH DI BUKIT KEMUNING | Saya ingin menulis cerita tentang sebuah kedai tayar yang dikatakan murah terletak di Bukit Kemuning, Klang. Kedai ini bernama OSCAR Tyre Sdn Bhd. Menurut kata papa ramai orang beritahu bahawa kedai tersebut menjual tayar pada harga murah. Tujuan kami pergi ke sana semata-mata untuk tukar tayar kereta mama.

OSCAR Tyre Sdn Bhd
Saya tak pastilah sama ada kedai tayar tersebut menjual tayar pada harga murah atau sebaliknya tapi saya amat tertarik dengan susunan tayar-tayar yang banyak. Apabila kami sampai memang terlalu ramai orang sehingga saya dan mama terpaksa menunggu lama. Di situ ramai orang tukar tayar Mama kata : "Power juga business kedai tayar di sini.. Semua kerana marketing strategy."

Tayar-tayar jenama Falken
Saya tak ambil kisah sangat tentang harga tayar yang ditawarkan tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah susunan tayar dan tempat meletakkan stok tayar disimpan dalam container.. Banyak tayar jenama Falken. Saya rasa terpegun kerana tidak pernah nampak tayar-tayar begitu banyak.

Posing dengan tayar

Sementara menunggu tayar kereta mama ditukar saya sempat mengambil gambar sebagai kenangan.

Saya rasa macam nak masuk dalam tayar tu jer. Mama pernah cerita yang semasa kecil mama pernah masuk dalam tayar tractor baru yang datuk saya beli ketika bermain bersama sepupu. Untuk pengetahuan pembaca, datuk saya memiliki kedai membaiki jentera berat. 

Orang ramai sudah berkurangan
Sesiapa antara pembaca abang, kakak, aunty dan uncle yang ingin tukar tayar boleh survey harga tayar di sini. 

Facebook page : OSCAR TYRE SDN BHD 



Saya ada baca di Facebook mengenai reviews kedai tayar ini, ada reviews positif dan negatif so kena pandai menilai. Tak cuba kita tak tahu..

Setakat ini sahaja post saya. Kita jumpa lagi di next post.
Bye..




Regards,



4 comments:

  1. Wow bolehlah mama bookmark ni. Boleh Cari Tatar area situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum pergi mama kena survey harga dulu sebab saya tak pasti harga tayar dalam pasaran sekarang ;)

      Delete
  2. pergh!! Banyak betul tayarnya.. Tapi jauh sangat kedainya.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jauh tentu tak berbaloi kann aunty sebab kos minyak dan tol.

      Delete

Instagram @redza.channelz

You May Also Like