Redza Channelz

I'm expressing myself through daily lifestyle....... Hope you enjoy reading my blog.

Friday, March 27, 2020

KEPUTUSAN GIVEAWAY TEKA HARGA STATIONERY BY REDZA CHANNELZ | Apa khabar semua pembaca? Giveaway Teka Harga Stationery by Redza Channelz yang bermula pada 16 Mac 2020 lalu telah berakhir tepat pada pukul 11.59 malam, 25 Mac 2020 lalu. Alhamdulillah giveaway pertama saya dapat sambutan dari bloggers.

Keputusan Giveaway Teka Harga Stationery by Redza Channelz
SENARAI PESERTA GIVEAWAY
Berikut adalah senarai nama peserta yang telah menyertai giveaway tersebut :

1. ejulz.blogspot.com/2020/03/giveaway-teka-harga-stationery-by-redza.html - RM82.80
2. pemudattbc.blogspot.com/2020/03/giveaway-teka-harga-stationery-by-redza.html - RM60.00
3. nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/03/giveaway-teka-harga-stationery-by-redza.html - RM31.80
4. mellcomell.blogspot.com/2020/03/giveaway-teka-harga-stationery-by-redza.html - RM27.00
5. kasihkuamani.blogspot.com/2020/03/giveaway-teka-harga-stationery-by-redza.html - RM47.00
6. www.mamapipie.com/2020/03/giveaway-teka-harga-stationery-by-redza.html - RM85.20
7. akukaudansesuatu.blogspot.com/2020/03/giveaway-teka-harga-stationery-by-redza.html - RM41.60
8. www.mialiana.com/2020/03/giveaway-teka-harga-stationery-by-redza.html - RM21.50
9. www.ibucida.com/2020/03/giveaway-teka-harga-stationery-by-redza.html - RM25.00
10. ema-mel0dy.blogspot.com/2020/03/giveaway-teka-harga-stationery-by-redza.html - RM21.20
11. www.ombakbergigi.com/2020/03/giveaway-teka-harga-stationery-by-redza.html - RM35.90

Senarai asal peserta ada DI SINI.

Jawapan kepada Teka Harga Stationery by Redza Channelz ada ditunjukkan dalam resit, kotak berwarna merah berikut:

Keputusan Giveaway Teka Harga Stationery by Redza Channelz

KEPUTUSAN Giveaway Teka Harga Stationery by Redza Channelz (rujuk nombor peserta senarai di atas) :

PEMENANG PERTAMA : 10 
PEMENANG KEDUA : 8
PEMENANG KETIGA : 9

TAHNIAH diucapkan. Saya akan menghubungi setiap pemenang di atas melalui email.

Kepada yang tak berjaya, jangan bimbang kerana blog setiap peserta giveaway ini secara langsung telah disenaraikan dalam "My Blog List" di sidebar.

Akhir kata, terima kasih kepada semua peserta di atas kerana sudi memberi sokongan kepada giveaway saya ini dan tak lupa juga kepada blogger yang sudi singgah di blog ini, seterusnya meninggalkan komen.

Maaf andai ada salah dan silap sepanjang saya mengendalikan giveaway ini.
Terima kasih..


Regards,



Sunday, March 22, 2020

AKTIVITI SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19 | Sejak awal cuti persekolahan pada 14 Mac 2020 lalu dan sambung pula cuti perintah kawalan pergerakan Covid-19, saya sudah mula membantu mama membuat aktiviti yang biasa dilakukan bersama keluarga di rumah setiap hujung minggu. Saya buat kerja rumah yang ringan sahaja dengan tunjuk ajar mama saya.

Vacuum rumah

Selepas sarapan pagi saya akan membersihkan lantai menggunakan vacuum di bahagian ruang tamu dan bilik. Semasa vacuum saya akan kemas barang-barang yang bersepah dan letak semula ke tempat asal. Saya diajar bahawa setiap barang ada tempat masing-masing.

Cuci kasut sekolah

Selepas vacuum saya akan cuci kasut sekolah atau siram pokok bunga di halaman rumah sementara menunggu mesin basuh berhenti.

Sidai kain

Saya ditugaskan untuk sidai pakaian di luar apabila mesin basuh selesai mencuci. Saya juga sudah pandai menggunakan mesin basuh automatic selepas belajar dengan mama.

Sidai pakaian di luar rumah

Kadang-kadang saya akan cuci pakaian saya sendiri menggunakan mesin basuh tersebut.

Selesai membuat kerja rumah saya akan ulangkaji pelajaran.


Ulangkaji pelajaran

Pada pukul 5.45 petang, saya akan menyapu halaman rumah kerana banyak daun-daun kering masuk ke porch kereta.  

Menyapu halaman rumah

Sebelum perintah kawalan pergerakan ini, saya akan bermain basikal selepas menyapu halaman. Aktiviti begini mengeluarkan peluh dan badan saya akan rasa segar. Saya akan masuk dalam rumah sekitar pukul 6.30 petang kerana dalam waktu tersebut nyamuk aedes berkeliaran. Saya akan mandi dan bersedia tunggu waktu solat Maghrib.

Begitulah aktiviti saya sepanjang perintah kawalan pergerakan Covid-19. Sama-sama kita berdoa supaya wabak ini cepat berlalu pergi kerana ianya merbahaya dan mengancam nyawa.

Terima kasih sudi baca post ini.




Regards,



Monday, March 16, 2020

GIVEAWAY : TEKA HARGA STATIONERY BY REDZA CHANNELZ | Apa khabar semua? Cuti sekolah sudah bermula, yeayyyy.. Sempena cuti sekolah saya ingin menganjurkan giveaway buat pertama kali sejak kewujudan blog ini. Berdebar juga kerana saya bimbang giveaway ini tak dapat sambutan.

Giveaway : Teka Harga Stationery by Redza Channelz

Siapa yang ingin sertai giveaway ini hendaklah ikut peraturan berikut:

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Follow blog ini Redza Channelz
2. Like Facebook Page  saya
3. Follow Instagram saya Redza Channelz
4. Buat post bertajuk "Giveaway : Teka Harga Stationery by Redza Channelz" masukkan sekali banner di atas dalam post tersebut
5. Backlink banner dengan URL post ini
6. Publish post anda dan letak link post tersebut bersama jawapan anda dalam ruang komen di bawah post ini.

Giveaway ini lanjutan daripada post ini -> The Book Garden Stationery Haul
Sila teka anggaran harga keseluruhan alat tulis yang saya beli di The Book Garden?

HADIAH

1st prize : RM30.00 
2nd prize : RM20.00
3rd prize : RM10.00

Pemilihan pemenang berdasarkan syarat-syarat yang dipenuhi di atas di samping jawapan yang tepat atau 3 jawapan paling hampir. Sekiranya ada jawapan sama, saya pilih melalui random.org.

Setiap Pemenang akan dihubungi melalui email untuk membolehkan saya transfer wang yang dimenangi  ke dalam akaun pemenang (dengan bantuan saving akaun papa saya, hehehehe).

Setiap peserta yang menyertai giveaway ini, blog mereka saya akan senaraikan dalam bloglist di blog ini. Sekiranya sambutan kurang daripada 3 peserta saya terpaksa batalkan giveaway ini.


TARIKH TUTUP : 25.03.2020 @ 11.59pm

Keputusan giveaway akan diumumkan pada/sebelum 31.03.2020.
Selamat Mencuba, Semoga Berjaya!


Regards,



Friday, March 13, 2020

KASUT NANYANG HITAM TREND TERKINI | Cerita tentang kasut memang bukan satu perkara luar biasa pada saya kerana saya suka kumpul kasut tertentu. Blog post kali ini saya buat review tentang kasut sekolah baru saya jenama Nanyang. 

Umum mengetahui bahawa setiap pelajar di sekolah dikehendaki memakai kasut hitam seperti yang disarankan oleh Menteri Pelajaran terdahulu. Begitu juga dengan saya. Saya memakai kasut hitam ke sekolah. 


Kasut hitam jenama Nanyang

Pada awal tahun lalu saya tidak membeli kasut sekolah baru kerana ianya masih dalam keadaan baik. Hampir 3 bulan telah berlalu, sekarang kasut saya sudah lusuh.

Kelmarin iaitu pada 11.03.2020 , mama membelikan saya sepasang kasut sekolah baru. Saya meminta mama belikan kasut hitam jenama Nanyang kerana kasut ini menjadi trend dari kalangan pelajar sebaya di sekolah saya. Harga kasut Nanyang hitam ini RM50.00.

Sepasang kasut sekolah berwarna hitam

Bila saya menyebut jenama 'Nanyang' mama saya rasa hairan kerana menurut mama tak pernah dengar jenama itu. Saya beritahu mama bahawa kasut jenama Nanyang dipakai oleh pasukan pemain sepak takraw Malaysia.

Bahagian dalam kasut Nanyang

Saya suka kasut jenama ini kerana bahagian dalam kasut yang lembut, tak terasa berat apabila dipakai.

Tapak kasut Nanyang

Ini pula bahagian tapak kasut berwarna hijau. Tapak corak begini mampu mencengkam permukaan lantai. Ia mempunyai ciri-ciri keselamatan kepada pemakai iaitu tak mudah tergelincir apabila berjalan di permukaan lantai yang licin.

Cop Nanyang - Made In Thailand

Di bahagian tapak ada cetak jenama Nanyang Made in Thailand.

Kasut hitam sekolah 

Beginilah rupa kasut baru warna hitam jenama Nanyang. Saya tak sabar menunggu hari sekolah esok untuk merasmikan kasut baru ini. Saya sangat gembira kerana impian untuk memiliki kasut Nanyang seperti kawan-kawan lain telah menjadi kenyataan.

Sekian sahaja cerita tentang Kasut Nanyang Hitam.
Saya ucapkan terima kasih kerana sudi baca post saya.



Regards,



Tuesday, March 10, 2020

DOA BELAJAR | Minggu ini merupakan minggu peperiksaan bagi Tahun 6. Peperiksaan ini diadakan bagi menguji tahap pencapaian pelajar menguasai pelajaran sejak dari awal tahun lagi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR. Saya sibuk mengulangkaji pelajaran dan menghadiri kelas tambahan. Setakat ini soalan peperiksaan sangat susah.


Doa belajar

Untuk pengetahuan pembaca, setiap kali selesai solat fardhu, saya akan berdoa kepada Allah supaya buka pintu hati saya menerima ilmu dengan mudah semasa belajar dan permudahkan saya menjawab soalan peperiksaan.

Saya sudah usaha dan buat yang terbaik. Jika keputusan peperiksaan saya kali ini tidak memuaskan nampaknya saya perlu tingkatkan usaha.

Saya harap pembaca blog ini dapat mendoakan kejayaan saya.
Terima kasih sudi singgah dan baca post ini..
Esok saya menduduki peperiksaan Sains dan Pendidikan Islam..
Saya kena sambung belajar semula, bye..



Regards,

Friday, March 6, 2020

THE BOOK GARDEN STATIONERY HAUL | Salam Sejahtera kepada semua pembaca.. Hari Rabu kelmarin saya ke The Book Garden iaitu sebuah bookstore popular di Seremban. Bookstore ini terletak di Seremban Gateway.

Tujuan saya ke bookstore untuk mencari stationery kerana saya akan menduduki peperiksaan awal tahun pada minggu hadapan manakala peperiksaan UPSR tahun ini. Jadi saya ingin melengkapkan segala keperluan alat tulis.

It's me @ The Book Garden Seremban Gateway

So post kali ini saya berkongsi stationery haul dari The Book Garden. Sebelum itu jika ada pembaca tidak tahu apa maksud 'haul'? Boleh rujuk di bawah ini :

What does "haul" mean in YouTube?

Specific to YouTube, "haul" or video haul" refers to a type of video where the person reviews or discusses the items that they bought or received as a gift (sometimes from sponsors).- www.quora.com

Collectively, all of the products bought on a shopping trip.

Stationery haul

Saya teringin mempunyai koleksi pen bermacam-macam jenis dan warna seperti koleksi stationery mama saya.

Basic stationery for beginner

Jadi saya beli beberapa stationery asas seperti di atas sebagai permulaan koleksi alat tulis saya. Saya beli alatulis jenama Faber-Castell untuk pen dan pensil, Stabilo untuk highlighters dan marker dari jenama Artline manakala gam dari jenama Dolphin. Pembaris dan cellophane tape atau pita pelekat saya pilih secara random sahaja..

Pencil case

Ini pula pencil case saya.. Sebelum ini saya guna pencil case kecil jadi ruang juga terhad. Saya suka pencil case ini bukan sahaja kerana saiz yang sesuai tetapi transparent, mudah saya cari alat tulis yang terdapat di dalamnya. 


My stationery collection

Inilah pencil case baru saya.. Saya tak perlu risau ianya tercicir kerana saiz bekas ini besar dan mudah dibawa. Saya harap dapat mengotakan janji saya untuk menjaga semua alat tulis ini dengan baik.



Regards,



Instagram @redza.channelz

You May Also Like