Redza Channelz

I'm expressing myself through daily lifestyle....... Hope you enjoy reading my blog.

Sunday, November 3, 2019

Kenangan Taekwondo Grading

KENANGAN TAEKWONDO GRADING | Pada 31.10.2019 lalu Facebook mama saya telah menunjukkan memories mengimbas kenangan semasa saya grading pada tahun 2017 dari tali pinggang kuning ke oren. Untuk pengetahuan pembaca, grading dalam seni mempertahankan diri taekwondo merupakan kenaikan peringkat atau pangkat seseorang pengamal.

Taekwondo grading

Post di atas telah dimuatnaik oleh Teacher Syed iaitu Principal Smart Readers tempat saya transit semasa darjah 3. Ketika itu saya mengikuti kelas teakwondo Vision yang terkenal di Seremban selama 2 tahun berturut-turut. Cepat sungguh masa berlalu.

Kawan-kawan taekwondo

Di sini, saya ingin berkongsi cerita pengalaman saya semasa taekwondo grading. Semasa grading saya rasa berdebar kerana ianya dijalankan secara beramai-ramai mengikut peringkat. 

Taekwondo grading

Grading diadakan dalam sebuah dewan. Setiap peringkat diadili oleh seorang berpangkat Master memakai talipinggang hitam. Saya dikehendaki membuat barisan seramai 6 orang.

Grading

Master akan memberi command dan kami dikehendaki mengikut langkah yang telah diajar. Setiap langkah akan diperhati dengan teliti bagi tujuan memberi markah pemarkahan.

Selepas turn saya perasaan lega tak dapat saya gambarkan. Syukur alhamdulillah ianya sudah berlalu dan saya telah lulus serta layak memakai tali pinggang kuning.

Sekarang saya sudah tidak mengikuti kelas taekwondo disebabkan jadual akademik yang ketat kerana tahun 2020 nanti saya akan menduduki peperiksaan UPSR. Saya berhenti di peringkat tali pinggang hijau (6th keup).

Begitulah cerita tentang kenangan saya semasa menjalani grading. Terima kasih sudi baca. Kalau sudi sila tinggalkan komen. Kepada pembaca yang ada pengalaman menyertai mana-mana sebarang martial art boleh kongsi di ruangan komen.



Regards,



6 comments:

  1. InshaAllah mana tahukan nanti bila betul-betul ada waktu yang sesuai boleh mula semula aktiviti taekwondo ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada masa nanti mungkin selepas peperiksaan UPSR saya akan sambung semula latihan taekwondo ke peringkat seterusnya.. Terima kasih aunty PC ;)

      Delete
  2. Walaupun dah tak meneruskan semoga terus mengamalkan.. Mana tahu nanti boleh sambung semula..

    ReplyDelete
  3. all the best redza dalam segala lapangan kay .. :) pandainya Redza blogging di usia semuda ni.. tulis yang baik2 naa.. Aunty Following sini #15 :)

    ReplyDelete

Instagram @redza.channelz

You May Also Like