Redza Channelz

I'm expressing myself through daily lifestyle....... Hope you enjoy reading my blog.

Tuesday, November 5, 2019

Insan Terpilih

INSAN TERPILIH | Kelmarin saya buat post baru tentang Taekwondo Grading.. Bila dah siap saya mula blogwalking untuk baca post terkini followers saya. Tiba-tiba saya teringat dengan Segmen dari blog Ombak Bergigi. Saya belum tahu siapakah pemenang Pencarian Bloglist Nov-Dec 2019 oleh Ombak Bergigi yang telah saya sertai tempoh hari.


Keputusan Segmen Pencarian Bloglist Nov - Dec 2019 by Ombak Bergigi 

Saya excited teruja untuk tahu keputusan segmen tersebut kerana itu merupakan kali pertama saya sertai segmen sejak ada wujud blog ini. Secara kebetulan, kak OM dah umumkan keputusan. Saya memang tak harap akan menang tetapi biasalah kalau kita sertai pertandingan tentu ada rasa nak menang juga kann walaupun tak mengharap.

Pemenang Segmen Pencarian Bloglist Nov - Dec 2019 by Ombak Bergigi

Saya sungguh terkejut kerana nama blog saya ada dalam senarai sebagai pemenang. Syukur alhamdulillah dengan segala rezeki dari-Nya.. Saya rasa tak percaya, saya baca berkali-kali supaya tak silap. Memang betul itu nama url blog saya. 

Saya sangat gembira sebab dengan cara ini blog saya akan dikenali ramai. Saya boleh dapat ramai kenalan. Selain menyertai segmen & giveaway untuk tambah kenalan, setiap hujung minggu saya akan blogwalking dan follow blog yang belum follow saya ikuti. Saya akan senaraikan blog followers saya dalam blog ini.

Terima kasih kepada kak OM dan tahniah juga saya ucapkan kepada pemenang yang lain.





Regards,



6 comments:

Instagram @redza.channelz

You May Also Like