Redza Channelz

I'm expressing myself through daily lifestyle....... Hope you enjoy reading my blog.

Friday, December 6, 2019

Koleksi Gambar Kek Hari Lahir Saya

KOLEKSI GAMBAR KEK HARI LAHIR SAYA | Saya masih ingat ketika berusia 4 tahun sebelum ke pejabat mama akan hantar saya ke taska. Saya suka duduk di taska sebab ada ramai kawan. Setiap kali sambutan hari lahir mama akan beli kek tema kartun kegemaran saya. Kek tersebut akan dimakan bersama kawan-kawan di taska. Hari lahir saya disambut secara kecil-kecilan di taska bersama guru-guru. 

Kek Ben 10


Ini kek Ben-10 semasa saya berumur 4 tahun.

Kek Ben10
Selain kek kawan-kawan dan guru-guru turut dijamu dengan cheese tarts perisa strawberry dan coklat.

Cheese tarts
Saya akan memberi mengagihkan setiap seorang 1 cheese tart dan 1 coklat kepada semua kawan-kawan.

Lolichoc
Semasa umur saya berumur 5 tahun, mama tempah kek tema Batman. Saya minta kek Batman pada ketika itu dan tema warna biru kerana warna biru warna kegemaran saya.

Kek Batman
Selain kek, mama turut menempah homemade coklat. Ada tertera nama saya pada pembalut coklat tersebut.

Homemade chocolate
Di samping coklat, ada juga roti bun sosej untuk kawan-kawan dan guru-guru.

Roti bun sosej
Apabila usia saya 6 tahun, kek saya bertemakan Lego kerana saya suka bermain dan mengumpul Lego. 
  
Kek bentuk Lego
Beginilah bentuk kek Lego saya, berwarna-warni.. Kek ini berperisa coklat.

Kek bentuk Lego
Selain kek, saya beri kawan-kawan saya lolichoc bentuk muffin yang berwarna-warni..

Lolichoc
Lolichoc
Begitulah kenangan koleksi gambar kek hari lahir saya.. Apabila saya melihat gambar kek-kek tersebut saya rasa rindu kepada kawan-kawan semasa di taska. Ada beberapa orang saya masih jumpa di sekolah tetapi selebihnya kami berpisah.






Regards,



6 comments:

  1. Cute sangat.Satu masa nanti mana tahu kan boleh jumpa semula semua kawan-kawan di taska dulu..kadang macam tu..bila masing-masing dah remaja,dah dewasa ada rezeki jumpa semula.Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah aunty PC, saya harap begitu..
      Kalau boleh tak mahu putus hubungan friendship.
      Aaminn..

      Delete
  2. kenangan yg takkan dapat dilupakan. pastinya kenangan masa kecik, sekolah dan universiti ^_^

    ReplyDelete

Instagram @redza.channelz

You May Also Like