Redza Channelz

I'm expressing myself through daily lifestyle....... Hope you enjoy reading my blog.

Showing posts with label Food review. Show all posts
Showing posts with label Food review. Show all posts

Tuesday, October 29, 2019

TIGER KING ON FIRE plus BOBA by CoolBlog SEDAP | Hari ini saya ingin menceritakan berkongsi cerita tentang boba dalam minuman milk tea. Saya pasti minuman boba tidak asing lagi pada zaman sekarang kerana ia sudah menjadi viral. 

Outlet Coolblog
Walaupun minuman boba ini sudah lama di pasaran namun saya hanya berpeluang merasainya buat pertama  kali pada minggu lalu. Saya beli minuman boba berjenama Coolblog di Mydin Mall Seremban 2. 
 
Menu minuman di Coolblog

Menurut kata mama saya, boba diperbuat daripada tepung ubi. Selepas saya beli boba ini saya rasa amat teruja dan excited. Jadi saya bercadang untuk buat boba sendiri bersama mama suatu hari nanti.
  
Falboured milk tea
Saya suka rasa boba yang terdapat dalam thai milk tea ini, sangat sedap ditambah pula rasa manis gula melaka. Selepas ini saya pasti ingin mencuba boba Hari Harimau di kedai yang sama.

Ini minuman saya
Inilah pesanan saya.. Saya beli jenis Tiger King On Fire. Ianya dalam kategori minuman Series 1 tahun 2019 dan tergolong dalam limited time offer. Terdapat 2 pilihan iaitu thai milk tea atau coffee. Saya pilih jenis Tiger On Fire Thai Milk Tea yang berharga RM8.80.



Tiger King on Fire Series 1
Lihat ada cheese terbakar di atas permukaan air ini. Cheese ini dinamakan cheese mousse creme brulee.. Sedap sungguh rasanya. Apabila cheese dibakar ia seakan corak bulu harimau.

Cheese mousse creme brulee
My boba milk tea
Minuman ini sedap diminum ketika cuaca panas. Memang tepat sekali waktu selepas saya pulang dari sekolah. Saya pilih kurang manis.

Muka puas hati dapat boba milk tea dari Coolblog
Nampak tak betapa ceria raut wajah saya? Mestilah rasa happy selepas dapat rasai sendiri boba milk tea viral. Kalau anda korang teringin nak minum boba milk tea bolehlah anda korang beli di mana-mana outlet Coolblog terdekat. Sebelum itu boleh layari website Coolblog di sini ->  Coolblog Malaysia.

Semoga berjumpa lagi di lain post. Byeee.




Regards,



Tuesday, October 8, 2019

MINUM PETANG DI SUKAND'S FOOD STATION, PORT DICKSON | Semalam saya sekeluarga berjalan-jalan bersiar-siar di Port Dickson untuk menikmati angin petang. Pada petang itu cuaca redup kerana matahari mulai turun. Air laut ketika itu sedang pasang.

Saya minum petang bersama keluarga di Sukand's Food Station terletak berhampiran Terminal Bas Port Dickson. Kami sekeluarga sudah pernah berkunjung ke restoran ini.

Sukand's Food Station di Port Dickson

Kami mengambil tempat di meja nombor R3. Selepas kami mengambil tempat duduk, pelayan restoran mengambil pesanan. Saya telah memesan minuman kegemaran iaitu milo tabur, mama memesan epal asam boi manakala papa memesan cendol.

Nombor meja R3

Saya rasa lapar dan teringin makan western food. Saya pesan spaghetti cabonara, mama memesan lamb chop kegemaran mama manakala papa memesan nasi ayam hainan. Satu set meatballs dan fries ini kami pesan untuk kongsi dan makan sama bersama.

Meatballs and fries
Meatballs and fries with black pepper sauce
Untuk pengetahuan pembaca, restoran Sukand's Food Station ini terkenal dengan makanan hidangan nasi ayam hainan. Saya pernah memesan nasi ayam hainan ini dan rasanya sedap. Nasi ayam ini lembut dan ayam panggang garing.

Nasi ayam hainan

Makanan kegemaran mama ialah lamb chop dimakan bersama sos black pepper. Saya ada meminta sedikit lamb chop ini. Sedap kerana daging yang lembut. Sos black paper pepper juga tak pedas dan sedap. Lamb chop ini dihidangkan bersama fries dan daun salad.

Lamb chop with fries
Ini pula makanan kegemaran saya iaitu spaghetti carbonara. Pertama kali saya memesan menu ini di sini. Rasa spaghetti carbonara ini sedap kerana terdapat sosej, cendawan dan keju. Saya suka mozzarella dan parmesan cheese.


Spaghetti carbonara

Saya suka makan spaghetti carbonara ini bersama milo tabur sejuk. Puas hati sebab semua makanan yang saya makan di restoran ini sedap. Saya amat berpuas hati dengan semua makanan yang dipesan di restoran ini kerana rasanya sedap.

Milo tabur
Okay inilah gambar saya sedang menikmati spaghetti carbonara.

Ini saya

Semua makanan ini berjumlah RM49.50. Harga untuk setiap makanan dan minuman seperti yang ditunjukkan tertera pada resit.


Resit di Sukand's Food Station Port Dickson

Selepas minum petang, kami menuju ke Port Dickson Waterfront untuk menikmati angin petang yang sepoi-sepoi bahasa. Ombak kuat ketika itu. Saya dan mama bergambar sebelum pulang ke rumah. Papa tunggu dalam kereta kerana tak mahu berpanas, hehehehe

Port Dickson Waterfront
Saya sedang memandang kapal yang sedang bergerak dipukul ombak.. Setakat ini sahaja. Terima kasih sudi baca blog saya..



Regards,



Sunday, September 29, 2019

Assalamualaikum, hello guys.

Lama saya tak update blog ni.. Saya selalu penat lepas balik sekolah dan pada petang hari saya akan ke kelas mengaji atau pusat tution dari pukul 6.15 petang hingga 9.45 malam. Jadi saya hanya akan update blog jika ada masa lapang.

Korean Sensasi Ayam Terhangat di Marrybrown
Baiklah, saya ingin kongsi pendapat tentang Korean Sensasi Ayam Terhangat di Marrybrown. Rupa ayam ini semua orang boleh tengok di bawah. Saya makan sewaktu lunch selepas balik sekolah. Outlet Merrybrown ini di Mydin Mall Seremban 2. 

Korean Sensasi Ayam Terhangat
Rasa ayam ini tidaklah pedas sangat seperti ramen pedas gila. Ada rasa manis madu dan pedas serbuk cili. Saya boleh terima kepedasan begini..

Bila pedas minum air

Jadi kepada pembaca yang teringin makan Korean Sensasi Ayam Terhangat ni, bawaklah keluarga awak datang ke Marrybrown tapi saya tak pasti sama ada lagi atau tidak. Saya pergi makan ni pun dah lama.. Kalau masih ada jangan lupa cuba. Harga ayam ni taklah mahal sangat, ianya berpatutan sebab mama saya belanja hehehehe

Okay setakat ini sahaja review saya. Next time, saya update blog lagi..


Regards,


Instagram @redza.channelz

You May Also Like