Redza Channelz

I'm expressing myself through daily lifestyle....... Hope you enjoy reading my blog.

Showing posts with label Reviews. Show all posts
Showing posts with label Reviews. Show all posts

Friday, March 13, 2020

KASUT NANYANG HITAM TREND TERKINI | Cerita tentang kasut memang bukan satu perkara luar biasa pada saya kerana saya suka kumpul kasut tertentu. Blog post kali ini saya buat review tentang kasut sekolah baru saya jenama Nanyang. 

Umum mengetahui bahawa setiap pelajar di sekolah dikehendaki memakai kasut hitam seperti yang disarankan oleh Menteri Pelajaran terdahulu. Begitu juga dengan saya. Saya memakai kasut hitam ke sekolah. 


Kasut hitam jenama Nanyang

Pada awal tahun lalu saya tidak membeli kasut sekolah baru kerana ianya masih dalam keadaan baik. Hampir 3 bulan telah berlalu, sekarang kasut saya sudah lusuh.

Kelmarin iaitu pada 11.03.2020 , mama membelikan saya sepasang kasut sekolah baru. Saya meminta mama belikan kasut hitam jenama Nanyang kerana kasut ini menjadi trend dari kalangan pelajar sebaya di sekolah saya. Harga kasut Nanyang hitam ini RM50.00.

Sepasang kasut sekolah berwarna hitam

Bila saya menyebut jenama 'Nanyang' mama saya rasa hairan kerana menurut mama tak pernah dengar jenama itu. Saya beritahu mama bahawa kasut jenama Nanyang dipakai oleh pasukan pemain sepak takraw Malaysia.

Bahagian dalam kasut Nanyang

Saya suka kasut jenama ini kerana bahagian dalam kasut yang lembut, tak terasa berat apabila dipakai.

Tapak kasut Nanyang

Ini pula bahagian tapak kasut berwarna hijau. Tapak corak begini mampu mencengkam permukaan lantai. Ia mempunyai ciri-ciri keselamatan kepada pemakai iaitu tak mudah tergelincir apabila berjalan di permukaan lantai yang licin.

Cop Nanyang - Made In Thailand

Di bahagian tapak ada cetak jenama Nanyang Made in Thailand.

Kasut hitam sekolah 

Beginilah rupa kasut baru warna hitam jenama Nanyang. Saya tak sabar menunggu hari sekolah esok untuk merasmikan kasut baru ini. Saya sangat gembira kerana impian untuk memiliki kasut Nanyang seperti kawan-kawan lain telah menjadi kenyataan.

Sekian sahaja cerita tentang Kasut Nanyang Hitam.
Saya ucapkan terima kasih kerana sudi baca post saya.



Regards,



Saturday, February 8, 2020

MAKAN MALAM DI THE WINDMILL STATION SEREMBAN GATEWAY | Hari ini saya nak kongsi pengalaman makan malam di sebuah restoran yang agak popular di Seremban iaitu The Windmill Station. Saya sudah beberapa kali makan di sini tetapi ini kali pertama saya kongsi cerita dalam blog ini.

Seremban Gateway 

Saya makan di sini pada bulan Disember tahun lalu selepas pulang dari menghantar mama membuat urusan di Public Mutual Seremban. 


Dutch wooden shoe

Sebelum masuk ke restaurant terdapat satu terompah Belanda (Dutch clog atau wooden shoes) besar berwarna kuning. Saiznya agak besar hingga saya pun boleh masuk ke dalam terompah itu..

Wallpaper 

Saya suka hiasan dalaman restaurant ini kerana bercirikan negara Belanda terutama sekali wallpaper dalam restaurant ini.. Wallpaper ini menunjukkan pemandangan Herengracht canal  (saya rujuk di Google), sebuah bandar tarikan pelancong di Amsterdam, ibu negara Netherlands. Pemandangan di wallpaper dah nampak cantik apatah lagi kalau kita berada di sana.. Mesti best..

It's me 

Sementara tunggu makanan yang dipesan tiba, saya suka membelek handphone, melihat posts kenalan di Facebook sambil bersembang dengan ibu dan bapa di kerusi hadapan.

Mushrooms soup 

Ini menu starter iaitu mushroom soup dan garlic bread tapi saya panggil roti keras, hehehe

Western food 

Ini menu saya.. Banyak sangat portion dia.. Saya pesan menu ini sebab macam-macam ada.. Satu hidangan lengkap semua, ada cheese, jagung rebus, coleslaw, bacon, nanas, bawang Holland, carrot , baby tomatoes, salad dan potatoes.. Semua itu makanan kegemaran saya.

Nasi goreng with chicken fillet 

Ini hidangan papa saya. Papa suka makan nasi goreng. Kali ini nasi goreng special sebab ada fillet ayam goreng dan salad.

Spaghetti carbonara & chicken chop

Mama pula memesan spaghetti carbonara bersama chicken chop.

Sesiapa datang ke Seremban boleh singgah makan di The Windmill Station.. Sepanjang pengalaman saya makan di sini, semua makanan yang ada sedap-sedap belaka. Restaurant ini sesuai untuk semua golongan dan lapisan masyarakat. Sudah pasti sesuai juga untuk seisi keluarga..

Ini saya

Selesai makan saya berjalan-jalan di sekitar Seremban Gateway. Bila ada deco menarik saya suka ambil gambar sebagai kenangan untuk dimuatnaik dalam social media..

Pengalaman begini sangat menarik dan saya akan ingat sampai bila-bila..
Akhir kata, terima kasih sudi baca post saya.


Hasil tulisan,

Sunday, January 26, 2020

KASUT VANS OLD SKOOL SAYA | Lama saya tak buat post dalam blog ini.. Sempena cuti Tahun Baru Cina ini saya mengambil kesempatan menulis tentang perasaan gembira setelah mendapat kasut idaman..

Pada 12.01.2020 lalu saya ke MesaMall di Nilai untuk window shopping bersama keluarga.. Kami tidak pernah sampai ke sini sebelum ini.. Pada pendapat saya MesaMall ini sama seperti mall biasa yang pernah saya kunjungi. Mama sahaja yang teruja kerana mama suka beli groceries di Jaya Grocer..

Semasa berjalan-jalan dalam mall, saya ternampak kedai kasut Original Classic. Saya suka masuk ke kedai kasut kerana saya suka kumpul kasut berjenama selain melihat koleksi kasut bola terkini. Tiba-tiba saya terpandang pelbagai jenis kasut jenama Vans dipamerkan di satu sudut. Saya mula teruja kerana selama ini saya memang ingin memiliki kasut Vans. Walaupun saya anak tunggal dalam keluarga tetapi tak semua apa yang saya nak dituruti oleh ibubapa saya.

Vans Shoes

Selama ini saya hanya mampu lihat kasut Vans di outlet FootLocker dan menyimpan hasrat untuk beli sendiri dari hasil wang saku sekolah.. Berapa sangat saya boleh simpan sedangkan harga kasut Vans ini sekitar RM219.00 hingga RM389.00.

Check harga di sini sebagai rujukan : FootLocker - Vans Old Skool Shoes

Rezeki saya ada pada hari itu.. Saya membelek-belek kasut Vans ini.. Mama bertanya kepada saya sama ada saya minat atau tidak kasut Vans yang saya pegang itu kerana ianya jenis koleksi lama.. Saya tidak kisah sama ada koleksi lama atau baru yang penting ianya jenama Vans  original. Mama terus memanggil pembantu jualan untuk meminta saiz..

Menunggu kasut Vans

Oleh kerana terlalu teruja, saya pun menanggalkan kasut dan menunggu pembantu jualan mencari saiz yang diminta..

Mencuba kasut Vans
Saya sungguh gembira apabila kasut Vans tadi ada saiz saya..

Bergaya di depan cermin

Saya pun cuba memakai kasut tersebut dan menggayakan di depan cermin.. Bila saya pakai kasut itu rasa sangat selesa dan terasa lembut apabila dipijak.

Vans Old Skool Gibraltar Sea / True White 

Inilah kasut Vans saya.. Kasut ini dari koleksi Old Skool. Nama kasut ini Vans Old Skool Gibraltar Sea / True White berharga RM179.00.

Vans Old Skool Gibraltar Sea / True White
Vans Old Skool Gibraltar Sea / True White - dari belakang
Vans Old Skool Gibraltar Sea / True White - bahagian dalam kasut
Vans Old Skool Gibraltar Sea / True White - bahagian sisi

Saya rasa sungguh gembira.. Saya terus meminta pembantu jualan memasukkan kasut lama saya ke dalam kotak.

Bergaya dengan kasut Vans

Saya pulang dengan memakai kasut Vans baru yang selama ini saya impikan..  Saya akan jaga kasut ini sebaik mungkin.

Begitulah cerita saya memilik kasut Vans pertama. Saya tulis cerita ini sebagai kenangan dan berkongsi cerita dengan pembaca blog saya.

Terima kasih sudi baca cerita saya.

Hasil tulisan, 

Sunday, January 5, 2020

EJEN ALI THE MOVIE, BEST! | Pada 13.12.2019 lalu, saya, mama dan sepupu pergi ke AEON Mall Seremban 2 untuk menonton wayang, Ejen Ali The Movie. Ejen Ali The Movie ialah filem animasi komputer mengisahkan tentang sekumpulan perisik. Filem ini sudah mula ditayangkan pada 28 November 2019 tapi saya baru sempat menonton bulan Disember lalu.

Ejen Ali The Movie 2019

Tiket wayang kami booked online untuk tayangan pukul 12.45 tengah hari, so masih ada masa untuk menikmati sarapan di Restoran McDonalds memandangkan kami tiba pukul 11.30 pagi.

Sarapan pagi di McDonalds
Selesai makan, kami menuju ke Popular Bookstore untuk membeli alat tulis mama. Sementara tunggu movie ditayangkan, kami pergi window shopping sekitar AEON Mall.

TGV Cinemas di AEON Mall Seremban 2

Selepas itu, kami menuju ke tempat yang kami tunggu-tunggu iaitu TGV Cinemas yang terletak di Tingkat 2.

Saya tumpang muka - Jumanji The Next Level

Saya sangat teruja dapat menonton filem Ejen Ali The Movie semasa cuti sekolah tahun ini. Jalan cerita sangat best, ada masa sedih dan ada kalanya lawak. Siapa yang belum menonton memang rugi.. "Bertindak Segera!!!" kata Ejen Rama, hehehe.

Selepas saja habis menonton wayang, kami pun pulang ke rumah..




Tuesday, December 10, 2019

RESTORAN JOINT KITCHEN, DATARAN CENTRIO SEREMBAN | Restoran Joint Kitchen pasti tidak asing bagi penduduk Seremban terutama mereka yang bekerja di pejabat kerana restoran ini menjadi tumpuan semasa waktu makan tengah hari. Saya sendiri suka makan di restoran Joint Kitchen bila balik dari sekolah.

Mural yang terdapat di Restoran Joint Kitchen
Makanan di situ sedap dan terasa seolah-olah makan di rumah kerana suasana restoran santai di samping menu yang menarik. 

Mee kari

Terdapat masakan Melayu seperti sambal berlado, kari, soto, asam pedas dan gulai yang sememangnya popular di Negeri Sembilan selain Western food.

Set asam pedas ikan tenggiri
Setiap kali berkunjung ke sini, mama akan pesan set asam pedas tengiri. Set ini dihidangkan bersama sayur, sambal belacan dan telur masin. Minuman pula mama suka air apple asam boi. Selain ikan tenggiri, terdapat asam pedas ikan kembong, pari, parang dan daging.

 
Spaghetti Cabonara

Makanan kegemaran saya setiap kali berkunjung ke sini ialah Creamy Carbonara iaitu spaghetti dimasak dengan sos carbonara manakala saya akan order Milo ais. Antara Western food lain seperti deed fried chicken chop, grill chicken chop, grill lamb chop + fried rice. 


Terdapat juga beberapa jenis burger seperti Frito Burger, Krusty Burger dan Cheese Steak Burger. 

Vanila Smoothie with Vanila Ice Cream
Selain Milo ais, saya juga pernah memesan chocolate smoothis with vanila ice cream yang lazat. 

Saya di Joint Kitchen
Sesiapa yang ingin berkunjung ke Joint Kitchen boleh ikut alamat di bawah:

Instagram : @jointkitchen.36


Regards,




Instagram @redza.channelz

You May Also Like