Redza Channelz

I'm expressing myself through daily lifestyle....... Hope you enjoy reading my blog.

Friday, March 13, 2020

Kasut Nanyang Hitam Trend Terkini

KASUT NANYANG HITAM TREND TERKINI | Cerita tentang kasut memang bukan satu perkara luar biasa pada saya kerana saya suka kumpul kasut tertentu. Blog post kali ini saya buat review tentang kasut sekolah baru saya jenama Nanyang. 

Umum mengetahui bahawa setiap pelajar di sekolah dikehendaki memakai kasut hitam seperti yang disarankan oleh Menteri Pelajaran terdahulu. Begitu juga dengan saya. Saya memakai kasut hitam ke sekolah. 


Kasut hitam jenama Nanyang

Pada awal tahun lalu saya tidak membeli kasut sekolah baru kerana ianya masih dalam keadaan baik. Hampir 3 bulan telah berlalu, sekarang kasut saya sudah lusuh.

Kelmarin iaitu pada 11.03.2020 , mama membelikan saya sepasang kasut sekolah baru. Saya meminta mama belikan kasut hitam jenama Nanyang kerana kasut ini menjadi trend dari kalangan pelajar sebaya di sekolah saya. Harga kasut Nanyang hitam ini RM50.00.

Sepasang kasut sekolah berwarna hitam

Bila saya menyebut jenama 'Nanyang' mama saya rasa hairan kerana menurut mama tak pernah dengar jenama itu. Saya beritahu mama bahawa kasut jenama Nanyang dipakai oleh pasukan pemain sepak takraw Malaysia.

Bahagian dalam kasut Nanyang

Saya suka kasut jenama ini kerana bahagian dalam kasut yang lembut, tak terasa berat apabila dipakai.

Tapak kasut Nanyang

Ini pula bahagian tapak kasut berwarna hijau. Tapak corak begini mampu mencengkam permukaan lantai. Ia mempunyai ciri-ciri keselamatan kepada pemakai iaitu tak mudah tergelincir apabila berjalan di permukaan lantai yang licin.

Cop Nanyang - Made In Thailand

Di bahagian tapak ada cetak jenama Nanyang Made in Thailand.

Kasut hitam sekolah 

Beginilah rupa kasut baru warna hitam jenama Nanyang. Saya tak sabar menunggu hari sekolah esok untuk merasmikan kasut baru ini. Saya sangat gembira kerana impian untuk memiliki kasut Nanyang seperti kawan-kawan lain telah menjadi kenyataan.

Sekian sahaja cerita tentang Kasut Nanyang Hitam.
Saya ucapkan terima kasih kerana sudi baca post saya.



Regards,



11 comments:

  1. oh memang tak pernah dengar pun jenama ni sebelum ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenama kasut ni saya tahu dari kawan dan kebetulan tengok perlawanan takraw terus rasa nak cari kasut Nanyang.

      Delete
  2. Baru tahu ada jenama Nanyang ni..Apapun tahniah dapat kasut baru :)

    ReplyDelete
  3. selamat memakai kasut baharu. pasti akan lebih bersemangat ke sek nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Teacher. Semangat tak sabar jumpa kawan dengan kasut baharu, hihihi

      Delete
  4. Oo..memang tak tau pun pasal kasut jenama ni. Selamat merasmikan kasut baru ye

    ReplyDelete
  5. terbaek.. semoga sukses dalam akademik..

    ReplyDelete
  6. Baru tahu ada jenama kasut ini.. Nampak menarik..
    Tahniah untuk kasut baru.. semoga lebih bersemangat ke sekolah..

    ReplyDelete

Instagram @redza.channelz

You May Also Like