Redza Channelz

I'm expressing myself through daily lifestyle....... Hope you enjoy reading my blog.

Friday, March 6, 2020

The Book Garden Stationery Haul

THE BOOK GARDEN STATIONERY HAUL | Salam Sejahtera kepada semua pembaca.. Hari Rabu kelmarin saya ke The Book Garden iaitu sebuah bookstore popular di Seremban. Bookstore ini terletak di Seremban Gateway.

Tujuan saya ke bookstore untuk mencari stationery kerana saya akan menduduki peperiksaan awal tahun pada minggu hadapan manakala peperiksaan UPSR tahun ini. Jadi saya ingin melengkapkan segala keperluan alat tulis.

It's me @ The Book Garden Seremban Gateway

So post kali ini saya berkongsi stationery haul dari The Book Garden. Sebelum itu jika ada pembaca tidak tahu apa maksud 'haul'? Boleh rujuk di bawah ini :

What does "haul" mean in YouTube?

Specific to YouTube, "haul" or video haul" refers to a type of video where the person reviews or discusses the items that they bought or received as a gift (sometimes from sponsors).- www.quora.com

Collectively, all of the products bought on a shopping trip.

Stationery haul

Saya teringin mempunyai koleksi pen bermacam-macam jenis dan warna seperti koleksi stationery mama saya.

Basic stationery for beginner

Jadi saya beli beberapa stationery asas seperti di atas sebagai permulaan koleksi alat tulis saya. Saya beli alatulis jenama Faber-Castell untuk pen dan pensil, Stabilo untuk highlighters dan marker dari jenama Artline manakala gam dari jenama Dolphin. Pembaris dan cellophane tape atau pita pelekat saya pilih secara random sahaja..

Pencil case

Ini pula pencil case saya.. Sebelum ini saya guna pencil case kecil jadi ruang juga terhad. Saya suka pencil case ini bukan sahaja kerana saiz yang sesuai tetapi transparent, mudah saya cari alat tulis yang terdapat di dalamnya. 


My stationery collection

Inilah pencil case baru saya.. Saya tak perlu risau ianya tercicir kerana saiz bekas ini besar dan mudah dibawa. Saya harap dapat mengotakan janji saya untuk menjaga semua alat tulis ini dengan baik.



Regards,



14 comments:

  1. semoga bertambah lagi semangat untuk study dengan new stationery ni :)

    ReplyDelete
  2. Wah! nak lawan koleksi mama ya kena jaga jangan bagi hilang selalu hehehee...

    ReplyDelete
  3. Gambira nampak adik kita ni happy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka dengan bekas pensil dan alat tulis ini Cikgu :)

      Delete
  4. Replies
    1. Pemadam getah pun penting. Pemadam getah ada stok di rumah jadi tak perlu beli lagi :)

      Delete
  5. Akak pun suka kumpul stationary sejak sekolah dulu. Kalau boleh yang comel-comel jer. Hehe

    ReplyDelete
  6. wah... cantik pencil case tu.. highlighter stabilo mmg pilihan akak dari dulu jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pencil case simple tapi boleh simpan banyak stationery. Warna highlighter Stabilo cantik kann.

      Delete
  7. Wah.. dah mula buat koleksi alat tulis ye.. Acik pun suka pen warna warni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kegunaan pen warna-warni bila buat nota, saya suka 😊

      Delete

Instagram @redza.channelz

You May Also Like