Redza Channelz

I'm expressing myself through daily lifestyle....... Hope you enjoy reading my blog.

Thursday, June 13, 2019

Keputusan Peperiksaan Teruk

Hari ini mama dapat tahu melalui saps keputusan peperiksaan pertengahan tahun saya. Mama rasa sedih kerana keputusan saya yang amat teruk walaupun saya telah cuba sedaya upaya untuk menggembirakan mama dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Saya rasa sedih kerana mendapat keputusan yang teruk dan tidak berjaya membuat mama gembira.

Keputusan peperiksaan teruk
Bermula hari ini, saya berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh terutama pada peperiksaan akhir tahun kelak supaya mendapat keputusan cemerlang. Saya akan lebihkan masa belajar dari main dan tidak bersikap sambil-lewa. Saya berazam untuk berubah supaya tidak mengecewakan mama dan papa lagi. Saya belajar untuk masa depan saya.

Saya berjanji akan belajar tanpa disuruh dan saya akan bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab saya.

Mama kata tanggungjawab saya sebagai pelajar hanya belajar sahaja. Target saya untuk peperiksaan akan datang sekurang-kurangnya meraih tempat di bawah tiga dan mendapat markah A dan B dan C sahaja. Saya berjanji saya akan berubah.

Nota :

perkataan merah : penambahan
abc : pembetulan


Regards,



2 comments:

Instagram @redza.channelz

You May Also Like