Redza Channelz

I'm expressing myself through daily lifestyle....... Hope you enjoy reading my blog.

Showing posts with label Copa America Brasil 2019. Show all posts
Showing posts with label Copa America Brasil 2019. Show all posts

Saturday, June 15, 2019

Hi hari ini saya ingin menulis entry tentang perlawanan antara Brasil vs Bolivia pada pukul 8.30 pagi tadi. Keputusan perlawanan Brasil menang 3 - Bolivia 0.  Yeayyy, saya sangat gembira kerana saya adalah penyokong Brazil..

Brasil players for Copa America 2019

Walaupun Neymar Jr. tidak mengambil bahagian dalam perlawanan kali ini disebabkan kecederaan pada buku lali tapi saya tetap menyokong Brazil.. Ini ialah starting daripada Brazil di mana barisan pemain seperti yang disenaraikan di atas.

Penalty kick from Philippe Coutinho
Ini ialah sepakan penalti daripada Philippe Coutinho

Hero Brasil - Philippe Coutinho

Jaringan pertama dan kedua daripada Philipe Choutinho, jaringan kedua juga daripada Philippe Coutinho dan manakala jaringan ketiga daipada Everton.

Jaringan dari Everton
Ini pula  gol daripada Everton..

Keputusan hari ini dan perlawanan pasukan seterusnya seperti berikut :

Copa America Matchday 1 of 3

Setakat ini saya berpuas hati dengan corak permainan pasukan Brazil.. Bagaimana pula dengan anda? Sila tinggalkan komen pasukan manakah pilihan anda? Siapa pemain bolasepak kesukaan anda dalam Copa America 2019 ini?


Thank you for reading!






Regards,



Monday, June 10, 2019

Kali ini saya ingin berkongsi tentang sambutan Copa America Brasil 2019. Saya merupakan peminat tegar bola sepak tak kira pasukan dalam negara atau luar negara. Pemain bola sepak kesukaan saya ialah Neymar Jr. Peminat bola sepak tentu tahu Copa America 2019 semakin hampir. Kali ini giliran Conmebol, Brazil pula yang akan menjadi tuan rumah Copa America 2019. Saluran televisyen yang terlibat dalam siaran langsung Copa America Brasil 2019 ialah TV1, TV2 dan saluran HD sport.

Copa America Brasil 2019

Kali ini saya menyokong Brazil, Uruguay dan Argentina. Malang sekali Neymar Jr. tidak dapat beraksi kerana kecederaan buku lali tapi tak mengapa kerana ada pengganti iaitu Willian.


Credit to Google - Neymar Jr.
Bintang bola sepak Uruguay yang saya minat sudah pasti Edinson Cavani dan Luis Suarez.


Credit to Google - Luis Suarez (kiri) & Edinson Cavani (kanan)
Peminat bintang bola sepak Argentina tentu Lionel Messi tetapi saya bukan peminat Messi.
Okay, setakat ini sahaja cerita tentang Copa America Brasil 2019.

Sebelum berakhir, ada sesiapa peminat bola sepak seperti saya? Kalau ada kita geng..
Anda peminat negara / kelab mana?

Tunggu cerita seterusnya dari saya akan datang.. Terima kasih.



Instagram @redza.channelz

You May Also Like